Kelas STEM-IoT – Coco Monkey

6 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan laman web.

Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan dalam laman web Engineering.com dengan memilih kategori STEM Game. Pelajar dikehendaki memilih permainan bertajuk Coco Monkey dimana mereka menggunakan kekunci A, W, S dan D untuk menggerakkan avatar monyet untuk mengambil pisang yang membolehkannya mara ke peringkat seterusnya. Selain itu, peserta juga digalakkan berfikir untuk menetapkan arah pointer tetikus bagi membaling kelapa supaya avatar tidak terkena bucu yang tajam ketika melompat untuk mengambil pisang di seberang blok.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali